Tuesday, December 16

Fidyah si peninggal Solat?

Tidak diterima amalan menjadikan fidyah sebagai ganti solat yg telah ditinggalkan oleh si mati.Walaupun si mati telah berwasiat sedemikian rupa,atau pun niat baik si anak bagi menampung dosa ayah atau ibunya ketika hidup dulu yg tidak menunaikan solat,namun pendapat yang lebih kuat dari golongan mazhab syafie menyatakan tidak diterima amalan tersebut.

Adapun pandangan dari mazhab hanafi yang menyatakan boleh diberi fidyah sebagai ganti,ini adalah berdasarkan prinsip qias,iaitu sesiapa yang meinggalkan puasa dan tidak mampu menggantikannya perlulah membayar fidyah,maka solat itu di qias kan dengan puasa menjadikan amalan itu diterima dalam mazhab hanafi.

Mazhab hambali pula berpendapat waris yang telah mewasiatkan agar fidyah dibayar sebagai ganti solat yang ditinggalkan ketika hidup dulu,si anak tidak perlu mengikut wasiat tersebut,sebaliknya fidyah itu digantikan dengan sedekah kepada golongan fakir miskin,dengan ikhtiar agar sedekah tersebut memberi pahala kepada si mati.Amalan solat wajib tidak boleh digantikan oleh orang lain berdasarkan mazhab hambali,kecuali ada nazar yang si mati tidak mampu tunaikan ketika hidup seperti solat sunat,si anak boleh menggantikan untuk warisnya.


Berdasarkan ketiga-tiga pendapat mazhab ini,pendapat yang lebih kuat dan tepat ialah dari mazhab syafie,iaitu amalan membayar fidyah sebagai ganti solat yang telah ditinggalkan si mati tidak diterima sama sekali.Hikmah amalan ini tidak diterima ialah:

1)Tinggalkan solat secara sengaja hampir kepada kafir

2)Mengelakkan perkara agama menjadi bahan mainan

3)Tinggalkan solat secara sengaja akan menjadi golongan ahli neraka

Apa yang boleh dilakukan kepada si mati atau ialah doa kepada Allah agar dosa-dosa mereka yang terdahulu diampunkan…bagi golongan yang masih hidup,sesungguhnya solat itu adalah 1 kewajipan,maka tunaikanlah solat itu dengan keikhlasan dan hati yang khusyuk,agar amalan kita diterima Allah..Sesungguhnya solat yang berkesan itu dapat mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar….Wallahu’alam..